Rekabentuk dan pembangunan Aermacchi_MB-339

MB-339 memiliki konfigurasi konvensional dan mempunyai persamaan dengan kerangka MB-326. Pesawat ini memiliki sayap rendah dan lurus dengan tangki-tangki di hujungnya dan saluran masuk udara di pangkal, tiga roda giar pendaratan. Kedudukan pelatih dan pengajar diatur dalam kedudukan selari. Perubahan ketara adalah kedudukan fiuslaj hadapan bagi kerusi pengajar ditinggikan bagi mendapatkan kadar penglihatan yang lebih baik yang mana melepasi kepala pelatih.

Penenrbangan sulung dilakukan pada 12 Ogos, 1976 dan penghantaran kepada Tentera Udara Itali bermula pada tahun 1979. Pesawat ini masih dikeluarkan dengan versi yang dipertingkat upaya dan kokpit yang lebih moden. Lebih 200 buah pesawat MB-339 telah dibina, separuh darinya dibekalkan kepada Tentera Udara Itali.

Pesawat Lockheed-Aermacchi MB-339 T-Bird II telah dikalahkan dalam pemilihan pesawat bagi Sistem Pesawat Latihan Usahasama Utama Amerika Syarikat. Sebanyak tujuh pesawat telah bertanding, yang mana telah dimenangi oleh firma Raytheon/Pilatus, yang mana telah menghasilkan T-6 Texan II.

Berdasarkan artikel yang dipamerkan di laman web Itali, 'Il Porto Franci', bertajuk 'Armi e finanziamenti nel corno d'Africa', Eritrea telah membayar sebanyak AS$ 50 juta untuk mendapatkan enam buah pesawat MB-339 CE pada 1997. Ini merupakan pesawat asal MB-339 dan dilengkapkan dengan sistem avionik termaju untuk peranan serangan darat, RWR, enjin Viper 680-43, dan tangki-tangki hujung sayap yang lebih besar. Pesawat ini difahamkan berupaya untuk membawa peluru berpandu Sidewinder, AGM-65 Maverick, dan bom panduan laser. Kos seunit pesawat MB-339C dianggarkan berharga kira-kira AS$ 8.3 juta pada tahun 1997.

Rujukan

WikiPedia: Aermacchi_MB-339 http://www.airforce-technology.com/projects/mb339/ http://www.aviopress.com/search_result.asp?lang=it... http://www.awti-decimo.com/gallery/thumbnails.php?... http://www.kiwiaircraftimages.com/mb339.html http://www.aermacchi.it/MB339.htm http://www.oldcrow.it/SpecialColors/mb339_214_grup... http://www.oldcrow.it/indice_gallerie/651/MB339.ht... http://www.oldcrow.it/walkaround/MB339.htm http://web.tiscali.it/aviationgraphic/iaf.html http://www.airliners.net/search/photo.search?aircr...